petikan untuk hari ini...bukan menganjing.jgn salah paham

Apa yang telah kau tiupkan ke semangatku
Nak ku melenting namun aku tertunduk diam
Berjuta ayat nak ku lemparkan
Tak sepatah bibirku dapat hembuskan

Ku tahu kau tahu ku dalam genggamanmu
Tak perlu kepintaran tinggi untuk mengerti
Tapi encik, kau sudah melampau
Memperduakan ku dengan dia

Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh
Apabila kehidupan berkasar terhadapmu

Ku tahu betapa sukar ubat hati rawan
Lebih baik aku lepaskan engkau pergi
Tapi encik, mahu ku ingatkan
Jangan tersalah buat pilihan

Akankah mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh
Apabila kehidupan berkasar terhadapmu

Oh jangan kau sangka
Ku tak kecewa, ku tak terluka
Ooohh jangan tak menyangka
Watak kita boleh jadi terbalik bila-bila

Ku tahu betapa sukar ubat hati rawan
Lebih baik aku lepaskan engkau pergi
Tapi encik, sekarang aku mahu ingatkan
Jangan sampai engkau tersalah buat pilihan
Luahkanlah

Mungkin cintanya sedahsyatku apabilanya
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu
Atau apa mungkin cintanya selembutku oh
Apabila kehidupan agak berkasar terhadapmu
Mungkin cintanya sedahsyatku apabila oh
Poket kau kosong seperti kau waktu dulu-dulu


Ooohh jangan kau sangka
Ku tak kecewa, ku tak terluka
Ooohh jangan tak menyangka
Watak kita boleh jadi terbalik bila-bila
 
 
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 
 
lirik lagu 'waktu dulu-dulu' nyanyian Elyana. aku suka gila sebab lagu ni menganjing aku waktu dulu-dulu.well trend zaman sekarang org melayu mmg suka main anjing. melayu mudah lupa. (ni isu hangat jugak tp org buat2 xnampak je) takpelah asalkan aku xpernah pegang anjing meskipon aku kaki nganjing dan selalu di anjingkan.
 
anjing tu haram untuk org islam. kalau tersentuh bulu yg basah, wajib samak. kalau kene jilat dgn anjing? kau fikirlah sendiri. haih zaman sekarang ni banyak org yg JAHIL dan BODOH.
 
tak tahu ke bela anjing kt rumah, malaikat pon xnk masuk rumah? ni dulu la ustazah aku cakap. kalau salah sila betulkan.
 
lupekan pasal anjing.

tuyun quote :
  • pandai makan pandai simpan.
  • kebahagiaan itu tak perlu dipertontonkan kepada umum. kerana akhirnya kemaluan juga yg akan terselah.
  • orang bertudung itu tak semestinya baik. orang xbertudung tu tak semestinya tak solat
  • kalau dengar org mengumpat, kita senyum je sebab kalau nk berpaling, kita takde geng.
  • untuk ape menang kalau kekalahan tu boleh puaskan yg menang.
  • kalau kita sayang org, kita lepaskan dia untuk kebahagiaan dia
  • sudah ludah takmo jilat balik.kalau nk ludah,sila ditempat yg betul.jgn ludah ke langit.
  • jangan ulang kesilapan untuk kali ketiga
  • sabar aje la...
  • eh mane boleh sabar kalau dia dah melampau?
  • kan tadi cakap sabar je...so sabar jela.ape susah?
  • hurm.cakap sabar mmg senang.
  • percaya dengan diri sendiri.sabar ok?
  • baiklah saya sabar.
  • bagus dengar kata.
wassalam
 
p/s : setiap quote ada tafsiran dan sebab musabab.nak tahu bole PM
 
 
 
 

Comments

Popular Posts