Tip Bercuti Ke Krabi Bersama Bayi

assalamualaikum...

Dah beberapa hari tak sempat nak update post baru. Idea dah ada tapi kekangan masa pulak.huhu...so hari ni i update pasal percutian i dgn suami dan anak tersayang yg berumur setahun (28th Jan) ke Krabi, Thailand !

Kitorang pergi selama 5 Hari 4 Malam. From Johor Bahru, takde direct flight ke Krabi so kitorang decide beli tiket flight from JHB to KUL lepas tu baru ke Krabi. Sebab kos dari JHB ke KUL kalau by car, include Toll, Minyak, Parking semua tu boleh mencecah RM 500 tau. Tu pon tak sure rate parking kat KLIA2. So kami buat pilihan bijak sebab tiket flight from JHB ke KUL untuk 2 adults & 1 infant lebih kurang RM 300 ++. Murah kan? hehehe...

tiket from KUL to Krabi pulak RM 600++ untuk 3 orang. Air Asia buat promo tahun lepas, cepat2 la booking. berpeluh jugak nak mengayat suami. hihi...yelah...first time nak berjalan jauh bawak anak yg masih kecil. Dibuatnya tantrum waktu tu, bersilat la kitorang nak handle. heee

kitorang bertolak dari Senai Airport jam 8.15 pagi. So mmg kne bangun awal, pukul 5.30 dah keluar rumah. Syukur, Tiara tak meragam bila Bonda kejut dia bangun. Siap ketawa2 lagi. Amboi...tahu ler nak berjalan. Hihi...Haa...kitorang bawak baby stroller tau. sebab memang tak larat nak dukung Tiara tu. KLIA 2 tuh memang besar sangat2. From check in counter nak ke Gate die, jauh gila bapak ah! dah la dapat gate kedua last P19!. thanks to encik Stroller. hehe...tapi kat KLIA2 ade buggy yang khas utk orang tua dan wanita yg bawa anak kecil (berdukung). So dont worry ya !

Pasal stroller pulak, maybe ade yg tak tahu macam mana nak bawak naik flight. Senang jer rupanya. Kitorang pon main redah jer. Hihi...Stroller tu korang letak je anak korang dlm tu. Mana korang nak pergi, just tolak jer la. Masa nak scan barang dgn body scan tu pon boleh sorong je. Air mineral pon boleh bawa kalau ade baby. Selalunya diorang tak bagi bawa kan? so special kalau korang bawak baby. Hihi...nanti stroller tu korang tinggalkan kat depan pintu flight. Masa sampai destinasi nanti ambil balik stroller kat Luggage Claim. Senang jer kan? huhu

DAY 1 : 26th January 2016

 Selepas penat seharian dari JB ke KLIA2, lepak makan, minum, tidur, susu bagai, Tiara pon tertido keletihan dalam flight. Dia tak meragam langsung dari pagi sampai la naik flight ke Krabi. Lega Bonda dgn Daddy.Dalam hati ni berdoa macam2 semoga dipermudahkan. Alhamdulillah.... :)

 sebelum take off, sempat selfie kejap. seronok betul anak dara sorang tu. hihi

 nice view from our seat. dapat sebelah tingkap, senang la nak snap pic awan. Tiara tak excited pon sbb takde benda gerak2. Hihi...

Perjalanan dari KL ke Krabi mengambil masa 1 jam 25 minit. Tak lama sangat. Daddy siap makan nasi dagang lagi dlm flight.huhu...tetibe dengar pilot cakap "all please be seated for landing". waahhh! dah sampai !

 Sampai airport Krabi, kitorang ambil teksi. Kos THB 600 for 2 person atau lebih kurang MYR 60 untuk ke Aonang. Korang tunjuk alamat hotel korang menginap tau. Standby awal2. Takdelah jauh sangat pon tapi kalau bawak budak kecik, naik Teksi tu lebih selesa dan cepat sampai. Tiara nak tido nih. Dah pukul 3.30 waktu tu. Memang timing die tido. Hihi...
Inilah hotel kitorang menginap. Kiss Hometel. Jangan risau kat Krabi ni semua wifi adalah FREE you olls! heaven sangat kan. boleh live update terus from Krabi. kihkih...Tapi aku ade jugak beli simkad khas untuk Tourist. ape nama simkad tu ntah. Happy Tourist ke ape. lupa. hihi.

 Bilik dia cantik kan? rate dia murah jer...THB 1000 per night atau MYR 100 untuk 1 malam. Aku book awal guna AirasiaGo.com.  Korang make sure book hotel dulu sebelum sampai Krabi sbb masa cek Imegresen, dia akan suruh korang isi nama hotel korang dekat Collumn "place to stay in Thailand" dalam white card. Pen pon standby jugak sbb ramai orang yg turun dari flight yg sama dgn korang pon nak isi jugak info2 passport korang tu. aku mula2 tak tahu nak letak nama tempat stay, aku just letak "aonang". Kena marah dgn pegawai imegresen Thai tu. garang btol ! huhuhu


 Dah bersepah dgn biskut kat lantai oleh Tiara, baru Bonda sibuk2 nak snap pic. Hihi...

 Toilet die yg agak besar dan selesa jugak. hihi


ini lobby hotel. sempat suruh Daddy snapkan sbb konon baju Bonda dgn Ara sama. hahah

 Petang tu, lepas Ara bangun tido jer, kitorang round2 Aonang street. Tepi pantai Aonang ni mmg banyak giler kedai2 jual souvenir, makanan, farmasi, restaurant dan bermacam2 lagi. 7 eleven & Family mart pon ade. Senang jer nak cari makanan halal kat sini. so korang takkan kebulur punyalah! hihi

 disebabkan hotel kitorang bukanlah located kat area tepi laut, kitorang kenalah sewa motor. motor kat sini semua baru2 tau. scooter & senang nak bawak. Kos THB 200 per day atau RM 20 per day. kitorang memang sewa untuk 4 hari. round2 sambil selfie. Kalau tak pakai helmet, denda THB 500 kalau being caught tau. so beware!

 bergambar depan Aonang statue. hihi.. feeling2 macam Zara Zya dgn Aaron Aziz dalam cerita Tuan Anas Mikhail tu. Korang tengok tak ade scene zara zya lalu sini. waaa...unsankarable la dapat pergi sini jugak.hihihi...

 besar kan todak tu? masa ni cepat2 selfie sebab tiara dah mengantok sgt. taknak senyum langusng weyh anak aku ni. huhuhu....tapi tak nangis pon. good girl !

 still taknak tengok go pro sebab nk layan mata dia yg mengantuk tu. asyik mengantuk jer. ini la cabaran berjalan dgn anak kecik yer puan2. memang kne ikot timing die kalau nakkan mood die always good...!

on the way balik hotel nak tidokan si bucuk macam ni. Malam kang cari makan!


 Malam pertama kitorang kt Krabi ni, kitorang makan kt gerai tepi jalan tu. berdepan dgn Tourist Police Station. dekat2 dengan gambar "Long Live The King". ade dalam 10 gerai kat situ. Halal. Aku makan kat gerai yg paling hujung. Tomyam die memang sedap gila. pedas dia kaw2!

 dapat seat. korang kena sabar tau sebab seat die terhad. ramai sgt orang beratur nak tunggu makanan. huhuhu


 Day 2 : 27th January 2016
kitorang beli breakfast ni kat area tepi pantai depan national park. Kalau korang nampk ade byk boat2 yg diorang guna untuk ke Island hoping or Phi Phi Island, dan segala macam pakej mak nenek yg ade kt Krabi ni, situ akan ade gerai yg guna motor macam tuk2 tu. Sedap dan pedas weyh! harga dia standard jer la dalam THB 35 or MYR 3.50 macam tu. 



 pagi2 Daddy ajak pusing lagi Aonang Street. Lepak2 sambil selfie depan family mart. lebih kurang macam 7E jugak. ada jual Hotdog Pork Cheese. kahkah! carefull yer. sini mmg senang cari yg halal. tapi yg haram pon bersepah jugak.kih!

 Petang2 lepas Ara takmo tido, Bonda ajak cari pancake kat sini. Google punya google, yg paling famous ialah Pancake Yaminlah. sederet dgn gerai makan ktorang malam semalam tu. kedai first skali. sedap wo! kalau kat malaysia sebenarnya sama macam Roti Canai jer. hihi

 Aku order Banana Cheese Pancake. MasyaAllah sedap gilaaa. ni aku sorang jer bedal ni. Malam termimpi2 lagi nak return. tapi gagal sbb pack sgt aktiviti kitorang lepas tu. Jumaat pulak gerai2 ni semua tutup yer. hihi


Malam tu ktorang dinner kat Bangboo Muslim Restaurant. Hm...tak berapa sedap la. tak kena selera aku sbb tomyam dia masin gila plus masam sgt. tak sesedap mlm semalam tuh. huhuhu


Day 3 : 28th January 2016

happy birthday Tiara ! dah setaun dah anak Bonda ni. huhu...Huntunglahhh sambut birthday kat Krabi. Bonda dulu makan kepci jer. hahaha...anything for you sayang. Next year Bonda plan tempat lain pulak yer. Doakan murah rezeki Daddy & Bonda ya. Amin..


so we are celebrating our daughter's birthday by doing some exciting activities! Island Hoping @ 4Island tour. Kos THB 350 per person lebih kurang MYR 35 per person. Kalau pakej murah ni korang akan naik Longtail Boat untuk ke pulau2. Kalau nak laju sikit, naik speed boat tapi harga mandi la kan. THB 1100 per person. huhuhu....Jimat la sket yer. Janji sampai. Tempat pon sama jer. pagi tu shuttler ni pick up kitorang kat hotel. lepas dah kumpul2 beramai2 dan dah bahagi2 group, kitorang pon naik la boat....


 first pulau yg kitorang pergi. kat sini air dia cetek. memang khas untuk mandi. stop dalam 40 minit untuk bagi peluang korang basah2. tapi disebabkan Tiara tido mase nih, aku cuma sempat selfie jela dalam boat. Tiara bangun pon ngam2 orang dah nak jalan ke next destination.

 haaa...yang ini namanya Chiken island. korang nampak tak kepala ayam tu. Sampai sini tak boleh turun mandi yer. Cuma khas untuk ambil gambar macam kat bawah ni.

 cuba fokus kat muka Tiara tu. marah bebenor muka dia. Naseb baek la tiara pakai hooded so takde la panas sgt. make sure korang pakai topi yer. sebab memang panas. Kalau anak jenis meragam tak bole buat apa la. Tiara steadyyy! hihi


 haa...next pulau ni aku paling suka sebab boleh turun mandi. Pastu boleh makan skali sebab pakej tu include makan tau korang. jangan risau, makanan semua halal...tengoklah Tiara punya suka macam mana. taknak naik boat...nak mandi sampai gigill......huhuhu

 jumpa pasir, genggam2, gonyoh2, kepal2, pastu makan. haih....naseb baek Bonda nampak. Kalau tak dah kenyang pasir dah anak aku.

Tiara kena culik tuh kat belakang dgn pekerja boat. hihihi....bonda selfie sorg2.


 Malam tu dah penat badan dan kaki, kitorang pergi Spa dan massage. mula2 try Fish Spa sekadar suka2 jer. bukan ade kesan pape pon. kihkih...pastu kitorang jalan2 cari urutan kaki. THB 250 per hour. baru la lega....masa urut tu Tiara kitorang ganti2 pegang die la, tak tahu diam asyik bising jer mulut. ketawa2 suka.macam die jer yg kena massage.. huhuhu.


DAY 4 : 29th January 2016.

 kitorang pergi Elephant Ride ! hehehe.... kos THB 750 per person. mahal sket la tapi lama jugak naik gajah pusing2. siapa yg tak pernah naik tu boleh la cuba yer. Jangan lupa bawak payung kalau ade anak kecik. sebab panas gilaa.sian anak kite. Naseb la ade orang offer payung sebab kesiankan Tiara. huhuhu

 suka gila Tiara naik tu bila kaki die kena bulu2 Gajah ni. geli kot. huhuhu


 lepas round2, bagi gajah makan pisang dgn nenas pulak. upah dia bawak kita tadi.hihihi...


 siap lalu laluan berair, sungai cetek ni. mengerikan jugak kalau kot2 kaki Gajah tu tersepit ke kang jatuh. hahaha...


 siap berpayung tu. hihi..sian Daddy panas kt depan tu.


Amboi...Daddy sukanya. huhuhu


Malam tu dah malam terakhir kitorang kt Krabi. esok pagi2 nak kena bangun pergi airport. So malam tu kitorang pergi Night Market. Night market ni cuma bukak setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad jer tau. Naik van dari hotel kos THB 250 per person.
 Ni la suasana dekat Night Market ni. yang susahnya cuma nak cari makanan halal jer. Pork memang jual secara terbuka tau, bau la korang Pork Goreng tu. hahaha...

 aku pergi sini bawak stroller anak aku tapi disebabkan terlalu ramai orang, end up stoller tu kitorang buat isi barang jer. Anak aku terpaksa dukung sebab kesiankan dia panas duk dalam tu. ala sian2...tak sampai hati tgok die berpeluh2 muka ketat. huhuhu



pasar die terlalu padat sebanarnya. kalau luas sket laluan pejalan kaki tu maybe takdelah sesak sgt. huhuhu....kitorang balik kul 9 malam.
Tiara dah kepenatan sangat. Sampai je hotel, kitorang kemas2 baju dan beg semua sebab esok pagi kena gerak 5.30 pagi ke airport Krabi. another hectic day is coming...haaaaa!


DAY 5: 30th January 2016
 kesian anak bonda mengantuk tunggu flight ke KL. From Hotel, kitorang naik private Taxi kos THB 350 per person. Sampai2 jer, tunggu agak lama la jugak. tapi tak la sejauh KLIA2 nak berjalan.hihi...sebab Krabi airport ni kecik jer.



sampai KLIA2 dalam pukul 10 pagi. haa lupa nak bagitau, waktu di Krabi lambat sejam dari Malaysia. Kalau kat Malaysia dah pukul 10 pagi, kat Krabi baru pukul 9. Jetlag la jugak.kahkah!. tunggu flight from KL ke JB dari pukul 10 pagi sampai pukul 5.30 ptg OK! naseb la Tiara memang a very good girl tak meragam langsung! OK memang berdarah traveller macam Bonda jugak anak aku sorang nih.

Ok itu la kisah yg aku nak share. Info serba sedikit untuk korang. Happy Holiday...! next raya cina nak pergi mana? tungguuuu! hehehe



signature

Comments

  1. Good info travelling to krabi with infant sbb planning nk g gak oktober ni.

    ReplyDelete
  2. sis, macam mana boleh ambil gambar naik gajah cantik cmtu? ada orang ambilkan ke? kami sekeluarga plan nk ke krabi bulan 12 ni.

    ReplyDelete
  3. yup ada org ambilkan gambar. bagi jer kamera pada org yg bawak naik gajah tu. masa ni dia yg offer nak ambilkan. hihi... happy holiday !

    ReplyDelete
  4. Salam sis, nak tnya ape nama pantai yg sis bawa Tiara turun mandi tu ya? Sbb saya akan ke Krabi dgn anak umur 1 tahun juga minggu depan.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud saya Hong Islands or Phi Phi Islands or 4 Islands?

      Delete
    2. Tq for the quick reply & nice written blog.. =)

      Delete
  5. Hi sis. Saya nak tanya stroller mmg perlu ke kat sana? Ke tak perlu ya? Sbb saya pun bawa baby jugak tp x sampai setahun lg, mummy daddy dia dah sibuk nak berjalan

    ReplyDelete
  6. sy pun nak tanya pasal stroller..nk g krabi ngan bby 1thun stgah..rasa2 perlu x untuk percutian 5h 4m...

    ReplyDelete
  7. hi sis. baby 8bulan boleh join naik boat x

    ReplyDelete

Post a Comment

Bonda membebel apa tu?

Popular Posts