365 hari ditinggalkan cinta :)

assalamualaikum w.b.t...
 
hari ni 25 Mei 2011. makan tido bangun makan lagi, sekejap je sudah cukup setahun. tak lebih dan juga tak kurang. org cakap, kalau dah nikah, anak da keluar sorang dlm pantang. he he he
 
orang ckp, yg berlalu biarkan berlalu. kalau ikut logik, memanglah mcm tu. mana ada yg berlalu kita tak biarkan ia berlalu? apa yg berlaku hari ini, tak mungkin akan berlaku pada esok hari. tiada ulangan. melainkan Astro. kadang tu yg bulan lepas punya cerita pon lu boleh kasik play lagi hari ni.
 
selepas 365 hari aku ditinggalkan cinta, aku pon membawa diri sendiri ke tempat paling selatan di semenanjung tanah air. mungkin sebab tempat tu tak banyak sgt memori yg membawa aku daripada terus mengingati cinta lama. ok
 
benarlah bagai dikata,
 
tanpa cinta, kita mampu berdikari menjalani kehidupan sehari2 walaupun sering dikatakan seperti org yg kurang kasih syg. bayangkanlah dari hari pertama aku bekerja sampai la hari ini, setiap pagi jam 8 sebelum aku punch kad, aku akan makan breakfast di tempat yg sama, menu kalau tak nasik lemak ayam, aku order lontong atau roti kosong atau roti telur atau roti sardin, atau mee goreng.air pulak, cuma dua je...teh tarik atau limau suam. ALONE
 
aku rasa itu mmg sgt2 berdikari kot :) untuk seorang perempuan mcm aku ni.
 
kerana sebelum itu, dengan cinta, aku rasakan segala2nya mustahil bagi aku.untuk ke suatu tempat berseorangan pon aku rasa sangat tidak yakin. sampaikan nak balik ke johor dari Shah Alam pon nak berteman dengan cinta. hah sekarang tidak lagi. tidak tidak tidak!3 jam je sudah sampai.berseorangan tanpa cinta pon tiada masalah bagi diriku.kerana diriku begitu berharga.he he he
 
jadi,sekarang dan akan datang, jika aku ditinggalkan cinta untuk kali ke....ke....urmm lupe. ok kalau aku ditinggalkan cinta sekali lagi pon lepas ni, aku sudah ada keyakinan untuk hidup sendiri :)
 
terima kasih cinta,kerana meninggalkan aku dulu...:)
 
kerana 365 hari ditinggalkan cinta juga membawa aku kepada dunia lain yg sangat meninggalkan tanda "?" dlm otak aku.
 
ini rupanya perasaan dikecewakan. ini rupanya perasaan merindu pada yg tak sudi. ini rupanya perasaan sakit hati. ini rupanya perasaan itu :)
 
terima kasih kepada cinta sekali lg..
 
sesungguhnya beruntunglah kpd sesiapa yg pernah ditinggalkan cinta kerana suatu saat kita akan merasakan diri ini sgt berharga dikalangan keluarga dan kawan2. mula2 memanglah pahit. tapi kita akan rasa manisnya bila menghampiri 365 hari :)
 
tapi keadaan mungkin sebaliknya jika kita yg meninggalkan cinta kerana "what goes around will never comes square"
 
p/s : rindu cinta saya :)
 
 
 
 

Comments

Post a Comment

Bonda membebel apa tu?

Popular Posts