ucapan hari raya daripada penulis blog gadisemasa :)

assalamualaikum w.b.t...
 
sempena bulan ramadhan diminggu terakhir hari jumaat ni,afdhal lah kiranya saya yg bernama Nurrulakhira binti Azman (name glamour Qiera / yun / tuyun / yuna...ehem3!) membuat ucapan kepada blog readers, follower sama ada silent or yg ada gambar dan namanye, yg selalu mengomen dan membekap segala isi dlm blog gadisemasa ni. terima kasih banyak2.
 
di hari baik bulan baik ni, baguslah kiranya kita memperbanyakkan amalan,mengurangkan mengata.kalau korang tengok balik segala post yg aku buat sepanjang bulan ramadhan ni,takde yg berunsurkan kutuk mengutuk,kata mengata dan yg sewaktu dengannya.ye tak? ce cek ce cek.
 
bukanlah bermakna bulan depan lepas puasa ni post-post adalah berunsurkan mende2 camtuh.agak-agak lah kan.depends on the story of my life lah.kalau best,bestlah.kalau sedih,sedihlah.harap-harap semuanya baik-baik belaka hendaknye....Amin.
 
kepada pemandu-pemandu yg akan pulang ke kampung tu,termasuk aku, berhati-hatilah memandu.biar lambat asalkan selamat.tak payah lah mendrive sampai 160 kmh kat hiway tuh.bahaya tau...ingat tuh.bawak 110 kmh je.lorong kiri,pastuh tengok kiri kanan kalau-kalau ada lembu melintas.uhh
 
kepada yg beraya dengan insan tersayang,si suami atau isteri, bermaafanlah sesama kita ye.isteri yg selalu kosongkan poketkan si suami tu,hulurlah salam mohon ampun.at least kita tak kosongkan hati suami kita.begitu jugak sebaliknya.
 
kepada yg beraya bersama keluarga tu,mintak ampun kepada kedua ibu bapa,semoga segala yg kita ucapkan yg selama ini meninggalkan bekas,sama-samalah kita kesali.kira salah tu 0-0 lah ye.
 
haa kepada yg single tu,beraya lah dengan bersungguh-sungguh ye.kalau tahan bas tu,tak dapat bas express,bas kilang pon jadiklah...kalau ada yg purpose tu,terima ajelah.sampai bila nk postpone,ye tak?nanti rugi...anak-anak jiran sebelah rumah yg balik dari oversea tu yg mana single lg,buat-buatlah bertandang ke rumah die hantar lemang ke,ketupat ke,manelah tau....di balasnye dengan jodoh.hehehe....
 
akhir kata,dengarlah bicara dari saya...
 
"semua yg telah berlaku,tak mungkin terulang...
semua yg terucap,pasti meninggalkan bekas....
hanya doa ku...semoga semua kesalahan yg aku lakukan,akan diampuni olehNya"
 
selamat hari raya aidilfitri,maaf zahir dan batin sekiranya selama ini saya,ada melukakan atau mengguris mana-mana pihak yg menjadi follower saya,segala isi yg ada di dalamnya hanyalah luahan hati saya yg kadang-kadang tersasar dari landasan emosi yg rasional,saya mintak maaf.
 
kepada kawan-kawan saya yg banyak menyokong segala tindakan saya,i luv u all soooo much.jugak tak lupe kepada family di kampung,sanak saudara jiran tetangga.err...jugak kepada ex boifren-ex boifren saya.raya tahun ni saya single.heheheh
 
wassalam.
 
p/s: post terakhir sebelum tibanya syawal.naik cuti baru update yer...aku bz berayer.nk check in byk tpt.hehehe...any quiry just add me kt fb tapi bgtau la sape kamu.letak gambar sendiri sebab "tak letak gambar profile means tak hensem or tak chun".

Comments

Post a Comment

Bonda membebel apa tu?

Popular Posts