life is just a spotlight...

assalamualaikum...

hari ni sabtu.tapi aku masih kena bangun awal pagi.mungkin sebab excited,beberapa kali aku sedar.bila tengok jam,baru 4.30 pagi.demn...aku sambung semula tidurku.

bila jam sudah pukul 7,aku lekas-lekas call opismate aku.kata dia,mahu ke pejabat pendaftaran untuk selesaikan hal-hal sebelum dia bernikah hujung bulan depan.aku dimintanya jadi peneman a.k.a pengapit nanti.alamak...huhu.awal gila aku bangun.rasa macam seorang anak dara yg bakal menjadi idaman.bhahaha..suka hati la k.

bila sampai ke JPN di kempas,kami dapati ramai gila org sedang beratur.aku berkira-kira kalau kami harus beratur panjang mcm tu,aku qada' balik la tidur aku untuk dapatkan tidur yg berkualiti.hurm..tapi rupa2nya itu semua mereka-mereka yg menjadi pendatang kat Malaysia ni.mujurlah ye.

kitorang sampai awal setengah jam.biasalah kerajaan 'wajib' start kerja jam 9.kalau baru 8.58,mana boleh mula lagi.ye tak?haa so kami tunggu la sampai pintu di buka.masa tu di blok 2 aras 2.

bila kaunter sudah di buka,opismate aku ambil number then selesaikan apa yg patut.lepas isi borang bagai,staff tu mintak salinan ic.so aku ajar my opismate ni untuk tanye la sama ada kt kaunter tu ada khidmat fotostat.sehelai je pon kan.apa ada hal...tapi;

opismate : bang,ic nk fotostat kat mana?
staff        : turun bawah,ge blok 1 tingkat 6 ada kedai fotostat.

peh! demn...sudah la bulan puasa.tak boleh consider langsung agaknya.so kitorang pon ke tempat yg diceritakan...dengan hati yg ikhlas la sbb ramadhan.tak bole ngumpat ye.crap

selesai aje,kami pon menghala ke @mart pusat membeli belah warga johor bahru yg baru je dibuka kat kempas.pusing2 carik handbag mama sebab besday dia next week.tapi...aku terlupa untuk withdraw money.atm not practical by that time.so aku xbeli ape2.

kami pon ke pusat bandar singgah ke holiday plaza.kat sana lagi gila jual barang2 dan keperluan raya.ada kasut,beg,baju,perfume,ada parkson bagai.tapi...aku sudah withdraw money,tapi...aku tak membeli.kenapa entah aku rasa belum ada yg berkenan dihati.

kami menuju pulak ke plaza kotaraya.kat situ pon lagi gile babi dia punya sale.aku ke first lady,pusat menjual pakaian lelaki dan wanita yg diimport khas dari Singapura.well,kat sini baru nafsu membeli aku terserlah.hehehe...yo.

lepas aje memuaskan nafsu membeli,kami tengok jam,masih awal lagi.pukul 3.30 ptg.kami berpatah balik ke @mart untuk membeli handbag mama juga beberapa helai baju untuk adik dan daniel.hummpph...aku belikan daniel baju bola.hehe


comel tak?he is my soul...afif daniel,2.baju dengan bola gergasi tu.kalah safee sali.hehe

seharian berjalan,aku rasa penat gila ok...aku call mama.aku rasa esok aku tak kemana-mana.mesti la bosan gila kat rumah tu sorang2.asyik tengok tv aje.kalau muka aku masuk tv tak apa la jugak.bila aku dengar suara mama,dia cakap masak asam pedas aje,aku terus ambil keputusan drastik;

'kakak balik kampung la jap lg ma.tunggu tau'

lepas aje opismate aku hantar aku balik,dengan tanpa membuang waktu,aku terus start enjin baby JJg.tadaaaaa! sekarang aku di kluang.heheh.

waaaa seronoknye berbuka dengan mama!

wassalam.

p/s: untung jadi wanita ni.ada cuti puasa.mana larat nak shopping time2 puasa ni.thehehe...tett!


signature

Comments

Popular Posts