sebenarnya memilih itu penting

assalamualaikum w.b.t
 
dulu aku tak memilih.ape pon aku kebas aje.
tapi sekarang?
ye aku memilih.
 
biarlah orang nk cakap aku terlalu memilih.sebab aku sedar apa yg aku ada sekarang ni bukanlah yang terbaik untuk aku.jugak bukan yg terbaik untuk aku carry forward ke masa depan.aku tak mahu hidup aku musnah sebab tersalah pilih.
 
bukan sebab memandang hina terhadap dia tapi nak buat macam mana kalau diri sendiri dah tak boleh nak berubah demi orang yg tersayang?
 
aku taknak makan hati.
 
selagi ada perasaan ihsan dalam diri aku ni,sebolehnye aku cuba untuk menyayangi dia tapi bukan dengan sepenuh hati.aku dah tak termampu untuk menyayangi orang seperti dia.
 
mungkin pada pendapat orang lain,kesetiaan itu penting dalam sesebuah perhubungan.penerimaan mereka terhadap insan yang cuba mendekati lebih daripada seseorang yg bergelar kekasih adalah tidak setia.hurmm
 
mungkin itu cuma available untuk mereka yg sudah bernikah.kalau masih tiada apa2 ikatan,bagi aku tak salah untuk memilih yg terbaik.betul kan?
 
sebab tu lah dulu ex boifren aku tinggalkan aku untuk mendapatkan yg terbaik dalam hidup dia.dan sebab tu lah aku merelakan kepergian dia walaupun aku yg meroyan sebab rindukan dia dan marahkan dia.dan aku berdoalah semoga die ketemu wanita yg dia rasa sesuai untuk diri dia yg baik itu.aminn...
 
eh apesal aku menyokong ni? hhuhuhu...
 
sekarang aku sedar apa yg sebenarnya dimaksudkan dengan 'jodoh di tangan tuhan'.
 
untuk ape berharap dan merancang sesuatu yg tiada penghujungnya? ya memang betul, kita boleh berusaha ke arah itu...tapi
 
kalau kita berusaha untuk jujur dan setia kepada dia, belum tentu dia jujur dan setia kepada kita.
kalau kita berusaha untuk pecaya kepada dia,belum tentu die percaya kepada kita.
kalau kita berusaha untuk sayang dan cintakan dia,belum tentu die sayang dan cintakan kita.
kalau kita berusaha menjaga perhubungan cinta,belum tentu dia ikhlas menjaga kita.
 
pendek kata, tepuk dada tanya iman.
itu semua ketentuanNya. kita takkan mampu untuk dapatkan apa yg kita mahu.Dia cuma bagi apa yg kita perlu..
 
jujur aku sangat memilih.sorry for everything.
 
wassalam
 
p/s:hari ni last day puasa ganti.tapi esok nak puasa sunat.huhu

Comments

Post a Comment

Bonda membebel apa tu?

Popular Posts