berikan aku sedikit kepercayaan :)

assalamualaikum w.b.t
 
awal mula pertama mula aku nak mencuba untuk kembali kepada asas blog nasehat ni lah.dari hati ke hati...
asyik hepi2 je kan...apelah kiranya cuba jadi serius sikit.tunjuk kelebihan diri sendiri sekali sekala aje.bimbang dikatakan menunjuk2 pulak.haih takdelah.aku biasa2 aje.yg suke percaya kata2 kawan...
 
untuk diberikan kepercayaan adalah sangat susah bagi aku.aku pon xpasti atas dasar ape.nak kata umur,aku dah lebih dari had umur untuk mengundi.agaknye sebab muka aku yg baby face kot.heheh
 
bila dah ade ruang untuk bercerita,berstory,bergosip dan berdebat,aku cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan buah fikiran.
 
aku dengar pasal perhimpunan "bersih" kat tv3.
 
aku dengar pasal pembinaan kilang kimia dekat pantai timur yg dikatakan membahayakan penduduk setempat.
 
aku dengar pasal penyebaran video lucah seorang vip.
 
ermm...
 
semua tu hal org2 melayu. ok pada aku mcm ni...(bukan niat nk mengutuk atau menjatuhkan sesiapa..ini pendangan aku aje...jangan report tv3 pulak.kang tak pasal2 kene manipulasi.kene provokasi.hehehe)
 
 
apa yg org melayu dapat bila buat perkara2 yg bagi aku adalah sia-sia belaka? diorang dapat malu je pada aku. daripada diorang bergaduh sesama melayu,aku ulangi,daripada diorang bergaduh sesama melayu,aku ulangi untuk ketiga kalinya,daripada diorang bergaduh sesama melayu,nak aku ulang untuk kali keempat ke? ha? taknak?
 
ok.
 
daripada diorang bergaduh sesama melayu,alangkah lebih elok dan afdhal la diorang sama-sama bekerja untuk negara kita malaysia ni.tak perlulah nak provok sana sini.nak malukan orang lain atas dasar keuntungan semata2.untuk peribadi dan kroni or wat so ever.
 
tu masalah sosial yg berlambak2 apesal diorang tak cuba nk selesaikan?kenapa bukan itu yg menjadi perhatian org ramai?kalau pasal video lucah,perhimpunan haram jadah tu sume org nk ambil port.
 
kadang2 politik ni yg menjatuhkan bangsa di bumi sendiri...melayu sama melayu bergaduh...
dapat ape siot?(eh bahasa dah tak proper.sori2)
 
ada yg tak setuju bagai? kan aku sudah bilang...berikan aku kepercayaan untuk kali ini.
 
sudahlah yg kaya bertambah kaya.yang susah bertambah susah.sifar kemiskinan pada statistik tapi natijahnya?lu fikirlah sendiri.kalau takde yg susah,takkan ade rancangan 'bersamamu".
 
atau rancangan tu sebenarnya hanya untuk mengaut keuntungan semata? sekali lagi fikirlah eh.
 
melayu mana yg tak marah kalau bangsa di injak2 tapi hakikatnya diri sendiri yg memperbodohkan diri sendiri.maruah sendiri dijual untuk kepentingan peribadi.aku rasa takde maknanya kalau kita terus menuding jari kepada kaum lain dan menyalahkan mereka bila rasa ketuanan dicabar.
 
melayu memilih kerja?
 
kalau tak pilih nanti kerja jadi kuli pada bangsa lain pulak.
 
kalau pilih?
 
banyak la orang melayu menganggur...
 
bukan alasan pendidikan yg membataskan pekerjaan kita.buktinya?ramai siswazah2 yg masih menganggur.yg kerja kuli je.kenapa?sebab belum ada rezeki...sebenarnya usaha tu penting.kalau harapkan peluang kerja masuk dalam bakul kita dalam perisisan online mmg tak berbaloi la kesannya.
 
bila kerja jadi kuli,merungut...cakap maruah melayu diinjak2..
 
habis bergaduh dalam berita tu apekebenda pulak?
 
bangsa mana lagi yg nak selamatkan bangsa kita kalau bukan bangsa kita sendiri...org luar tu tengah mengintai2 nak masuk campur.
 
tak belajar sejarah form 5 eh?
 
terima kasih kerana cuba mempercayai kata2 gadis berusia 23 tahun yg masih mentah ini.beri kepercayaan kepada saya untuk kali ini aje.tak banyak idea yg mampu aku bagi tapi harap2nye korg berfikirlah yg rasional...keamanan datangnya dari dalam negara.bukan org luar masuk campur dengan alasan nk mengamankan negara lain dengan menggunakan ketenteraan tapi sebenarnya motifnya adalah lebih berat daripada itu.
 
renung2kan dan selamat beramal...
 
wassalam..
 
p/s: off to kluang sampai hari isnin...yes! banyak duit akan dilaburkan.hheheheh
 
 

Comments

Post a Comment

Bonda membebel apa tu?

Popular Posts