harapan sarapan harapan sarapan bla bla bla
assalamualaikum
hari ni rasa nak berbahasa melayu aje. sebab mata2 kat luar ada yg tak suka membaca.dia cakap nanti aku bajet pandai. tak tahu kalau copy paste di google transelator tu, google pon tak berjaya tafsir. hahah. aku peduli hape. harapan aku, semoga orang2 yg boleh dipanggil kawan tu janganlah terlalu iri hati dengan penulisan berbahasa inggeris tu. (tetibe teringat cikgu english yg suka tonjol kepala aku dulu.heheh.terima kasih cikgu.hepi belated teacher's day to you) :-)
nak tahu tak,hari ni instinct aku semua mengena.kalau masa2 ni aku main kuda,dah tentu2 aku menang.jadi jutawan la aku.bolehlah aku tukar blogspot kepada .com atau domain2 yg berbayar. wah bestnye la kan? tapi tu sume tak elok. so aku lupekanlah angan2 tu.
mula2 pasal hujan pagi tadi.aku tersedar jam 4 pagi,hujan turun dgn lebat sekali.masa tu aku terfikir,kalaulah aku dah bersuami.haihhh...so aku tido balik.
aku sedar lagi jam 7 sebab ada org kejutkan.siapa? ade lah. masih hujan. hurm
aku rasa akan jem gila babi pagi ni. so aku lincah bangun dan mandi. 7.30 pagi dah siap mandi.selalunya aku masih di atas ranjang. haihhh
dengan senang hati aku keluar rumah jam 8.harapannya supaya aku sempat sampai ke opis sebelum jam 9.05 pagi.sebab aku agak2 yg takkan ada parking bila sampai nanti.
dari jauh aku da nmpak ke jem an itu.so aku chill jela sebab aku dah jangka.kawan aku pon ade tweet kat facebook(aku tade tweeter sebab aku bukan artis tweeter) pasal jalan jem menghala ke selatan dan utara. masa tu aku nk tukar haluan ke barat pon dah takde masa. kalaulah boleh.haihhh
laluan yg sepatutnya memakan masa 15 minit untuk sampai menjadi berlipat kali ganda kuasa tiga. lepas sejam setengah,sampailah aku ke opis. punch kad pon merah. yeahh
masa dlm kereta urut2 kaki yg mula nk kejang sebab tekan clutch lama banyak kali, dapat sms yg superior aku MC. yeayy
sekali lagi instinct aku bermula, aku rasa aku tension kot kt opis satu hari ni. hurmm
betul lah tu
dengan radio yg kadang2 bosan sebab terlalu banyak cakap. dengan berita traffik sesak time aku ada dalam kesesakan yg diceritakan itu.haihhh.kusut.semak.
ha sebut pasal semak. tak kiralah kalau ada yg rasa facebook aku menyemakkan mereka, aku mintak maaflah. kalau kau anggap diri ini sebagai kawan kau,janganlah ada perasaan itu sebab kalau kau nk tau,aku pon kadang2 semak dengan segala status kau dekat facebook tu.tapi aku sedar,aku pon ada facebook jugak.entah2 kau semak dengan facebook aku.bukak facebook aje,muke aku.bukak facebook aje,foursquare aku.bukak facebook aje,status aku. hahahah. kelakar pon ye jugak kan?
tapi kau ape kurangnye? kalau taknak semak, deactivate ajelah...
harapan aku...janganlah bagi aku harapan...sebab aku penat dah nk berharap...last2 apa aku dapat...?
harapan aku...janganlah berharap dengan aku...sebab mama aku selalu cakap....aku ni anak yg tak boleh diharap....he he he
harapan aku...janganlah kau perasan yg harapan kau tu ada harapan la bila aku macam bagi kau harapan tapi yg sebenarnya kau yg terlalu berharap dengan harapan bahawa aku memberikan kau harapan.
ok ce tukar H dengan S
sarapan aku...janganlah bagi aku sarapan...sebab aku penat dah nk bersarap...last2 apa aku dapat...? kenyang.
sarapan aku...janganlah bersarap dengan aku...sebab mama aku selalu cakap...aku ni anak yg tak boleh disarap...ha ha ha
sarapan aku...janganlah kau perasan yg sarapan kau tu ada sarapan la bila aku macam bagi kau sarapan tapi yg sebenarnya kau yg terlalu bersarap dengan sarapan bahawa aku memberikan kau sarapan.
hehehe....best jugak nih.ok bye! nak carik arial tb. ada tb takde arial...mcm ada kopi takde gula.
Comments
Post a Comment
Bonda membebel apa tu?