Sefie ketika menyusu badan anak...berbanggakah?

assalamualaikum...

dah jadi viral pon pasal selfie ketika menyusukan anak. dah takde kerja lain agaknya nak dibuat mak2 sekarang nih. bila kena hentam, marah pulak. tapi perbuatan sendiri yg tak senonoh tu taknak pulak muhasabah. Sebenarnya banyak perspektif negatif daripada positif yg akan timbul bila korang mak2 buat perkara mcm tuh. of course la pasal aurat wanita.

aku taknak ulas panjang pasal aurat nih. sebab kau orang boleh tengok dan baca sendiri ulasan alim ulamak dan ustaz2 di fb. rujuk yg betul dan sahih yer. jangan rujuk ustad fb pulak.

yg keduanya aku rasa kau orang nih mcm bangga diri pulak. berlagak. mentang2 banyak susu nak diberikan kepada anak. ya memang umum sedia maklum yg susu ibu adalah susu terbaik. tapi tak perlulah sampai nk menunjuk2 dan heboh pasal penyusuan eksklusif korang pada anak korang tuh. bersederhanalah dlm sesuatu perbuatan yg baik tu. susu ibu ni anugerah Allah. Hak anak. andaikata Allah tak menganugerahkan susu kepada ibu2 yg ada anak kecik, nak tak nak korang terpaksa bagi susu lembu. tak menjadi masalah pon sebenarnya. ada ibu2 di luar sana tu yg nak sangat menyusukan anak selama 2 tahun tapi susu diorang tak mencukupi.

ada yg beri cadangan supaya carikan ibu susuan. ya mmg boleh, tapi kita sebagai ibu, kena faham situasi dan keadaan org lain jugak. mungkin boleh dia cari tapi akan menyusahkan orang lain dan diri sendiri. jangan suka2 label ibu mcm ni PEMALAS. suka hati korang jer nk label org mcm ni. Pernah tahu ke tahap kesihatan ibu tersebut? pernah tahu ke taraf kewangan ibu tersebut? moral yg diorang dapat daripada suami & orang keliling? kalau tak pernah tahu, dan taknak ambil tahu, jangan label orang mcm2. yelah...kau jelah bagus sbb bagi anak kau susu ibu full sampai 2 tahun. Alhamdulillah sebab Allah bagi rezeki pada kau dan anak kau.

aku pon ade kawan2 yg full BF pada anak dia tapi tak pernah pon mention hari2 yg dia dah selesai susukan anak dia guna susu badan dia. kenyang anak dia tu biarlah kau yg tahu sendiri. aku ulangi, susu ibu tu anugerah Allah. bila2 masa dia boleh tarik balik nikmat tu. Harap kau muhasabah diri.

aku akui yg aku tak buat full BF pada anak aku. 50% sahaja. banyak sebab kenapa aku tak mampu buat. yg pertama, aku bekerja. dan aku rasa badan aku tak mampu nak bersengkang mata mengepam susu untuk anak aku. so aku bagi dia susu formula. alhamdulillah anak aku takde pape alergik. semua susu dia minum. kedua, susu aku tak semewah dan selebat korang tu. maybe korang makan supplement. aku takde makan ape2 pon. sebab aku rasa supplement tu harganya agak mahal. aku makan jer apa yg ada. asalkan susu masih ada untuk aku bagi anak aku minum waktu malam dan cuti. kalau aku bekerja, petang2 dah bengkak jugak. Alhamdulillah. aku tak pam sebab aku yg taknak. tapi tolong, jangan KECAM aku. aku rasa itu yg terbaik untuk anak aku.sekurang2nya aku tak beritahu umum yg aku BF anak aku setiap kali di FB.

semoga yg melakukan dgn niat yg salah itu, muhasabah diri. kepada yg full BF anak2, teruskan dengan niat membesarkan anak2 dgn cara yg terbaik. Alhamdulillah

#jangankecamsaya
#sayabreastfeedingdanformulafeedinganak


signature

Comments

Popular Posts