Apa terjadi esok, pening aku fikirkan.

assalamualaikum

hari ni still alone mereput kat opis nih. bhahaha...dah tengahari pon belom ada idea nak makan mana kat Tmn Daya nih. Semalam ada la lalu area ni masa on the way balik rumah. Banyak jugaklah kedai makan cuma aku jer kena explore lebih. masalahnya aku sensorang nak explore pon tak syok. yelah karang kena ngorat camne? heheh...gurau2.

tadi baby sitter aku whatsapp. beberapa hari ni dia tak berapa nak sihat. mulanya aku memang berat hati nak hantar anak aku kat dia tapi disebabkan aku baru masuk kerja, terpaksa jugaklah. plus die pon convince aku yg dia boleh jaga anak aku tapi perlukan bantuan husband die la. macam nak mandikan, bagi makan & pakaikan baju semua tuh. aku paham sgt sebab anak aku ni aktif dia lain macam sikit. haa...bukan sikit jer. banyak jugaklah. aku pon penat kalau jaga dia kat rumah during weekend. sebab tu panas bontot aku kalau suruh duduk rumah jer. baik aku ajak husband aku keluar sebab dia boleh tolong jagakan anak aku sekali.huhu....bijak tak?

so esok nih camne....? aku nak kena bawak anak aku pergi ofis lahh...aku dah bagitau adik ipar aku. die pon cakap tak kesah sbb nak buat camne kalau dah gitu jadinya. aku berdoa la anak aku esok behave sesangat....please Tiara help Bonda. jangan nakal2...Bonda banyak kerja ni. Bonda dah ready tempat Tiara bermain esok. iaitu kat bawah desk ni. hihihi....kena bawak toys banyak2 la esok yer. hopefully she will be OK. senang nak tidurkan pon dah alhamdulillah.

harap2 esok big boss tak masuk ofis macam selalu. huhuhu...

ok esok aku update lagi apa yg berlaku. OK ke tak? kalau cukup tangan la nak update.almaklumlah....kiri buat kerja, kanan jaga anak. mulut aku ni sapa nk tolong suapkan? hurm....tinggalkan kerja kejap la baru boleh isi perut.

OK bye!

signature

Comments

Popular Posts