6 dilema lelaki yg mengusutkan

assalamualaikum

sejak akhir-akhir ni, ramai pasangan yg gemar bergaduh. sudahlah bergaduh, mengadu pulak dengan aku.
haish.

naseb baek aku ni jenis yg faham dan sporting. dan suka membantu juga. dan baik hati.

kepada perempuan-perempuan di luar sana,dan juga di dalam rumah tak kiralah siapa pun.kita kena sedar.kita kena faham.kenapa lelaki nih kadang kala semacam mengabaikan kita aje.siot je kan?bengang kan?

lepas kau baca nih mesti hilang semua perasaan tuh.tapi aku tak pastilah berkesan ke tidak.wallahualam.

antara 6 dilema lelaki yg aku discover sendiri: (nak setuju atau tidak,aku tak peduli)

1. penampilan diri

lelaki ni haruslah dilahirkan dengan keadaan fizikal yg gagah,berani,tebal,kuat,berketerampilan,berkeyakinan dan semua yg kau rasa kau nampak dlm filem2 penipu tuh.hero dia mesti nampak perfect!tapi malangnya tak semua lelaki di anugerahkan dengan fizikal yg sesempurna Aaron Aziz...

kenapa aku sebut Aaron Aziz?sebab aku suka dia.die hensem dan bergaya.


2. duit

lelaki sangat perlukan duit. kalau takde duit, dia akan meroyan. habis semua perempuan-perempuan dia marahkan.dialog popular die "takde duitlah.macam-macamlah awak nih".

err..tukar dialog

"apeeeeeeeeeeeeeee......belilah sendiri".

atau

"macam mana nak kawen kalau camnih".

kan?kusut kan?haa tengok tu ye perempuan-perempuan semua.


3. mengayat

standard la lelaki mengayat perempuan.mane best perempuan mengayat lelaki.tak klasik lah.tapi cuba kasihankan lelaki yg tak pandai mengayat.yg bangan gilalah nak mengayat.asal mengayat jer,mesti kena reject on the spot.

kesian tau.kesian.

dilema yg lelaki selalu persoalkan "kenapalah aku je yg kena ngayat perempuan?dahlah aku bodoh nk cari point.asyik kena reject jer.bila nak kawen nih".


4. kasih-sayang

ok kali nih aku serius nih.lelaki ade byk tanggungjawap.kalau belum kawen,dia kena tanggung mak die.kalau dah kawen,die kena tanggung bini dan mak dia.tapi ni pasal hal berkasih sayang. lelaki kena bahagiakan kedua-duanya.kalau perempuan-perempuan paham,mesti mak dia dan bini dia akan paham sebab kedua-duanya perempuan.

tapi sayang...tak semuanya bijak.ada jugak yg lembap.tak kesiankan dilema lelaki.siapa kawen dgn aku je la yg untung sebab aku ni memahami.thehehe

tapi aku rasa perempuan pon ade dilema yg same kot.


5. kerjaya

ok fine...aku nak kawen dgn lelaki yg ada kerjaya tetap,gaji mencukupi untuk aku dan anak-anak kami yg bakal dilahirkan.mesti comel-comel belaka.dan setiap tahun kami akan bercuti di dalam dan luar negara.itu pon kalau nama aku tak kena blacklist sebab aku pon tak bayar ptptn lagi.

eh tapi kalau suami mampu,ape la salahnye dia tolong bayarkan ptptn aku?heheh

hah itu dilema lg ye perempuan-perempuan.please take note.tapi aku rasa lelaki yg kena take note.huhu


6. bau badan

hahah.apesal aku rase mcm takde kaitan je dengan dilema lelaki nih.err...tapi kalau korang perasan kan,lelaki ni die ade satu bau yg kurang enak.heheh...

ok aku taknak cerita panjang.lelaki,please expedite.



xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

ok entry ni bukan nak me..me...mee...me ape ek?
ok.tak semestinya apa yg aku discover ni betul.cuma pada pandangan aku jelah.perempuan-perempuan kena fahamlah.sebab kadang2 hal-hal mcm nih yg mengganggu relationship.sudahnya,aku la yg menjadi tempat mengadu.tapi takpe...sekali lagi aku nyatakan di sini,aku ni seorang yg memahami dan baik hati.dan comel jugak.

so kalau bab-bab bagi pandangan,takdelah membebankan bagi aku.internet pon free je kat opis.idea aku pon memang sentiasa banyak jer nak merapu untuk korang.kalau yg suka tu,aku appreciate la.kalau tak suka,menyampah tu,aku lagi appreciate sebab kalau tak kerana kebencian dan ketaksukaan korang tu,aku tak berbelog der.

sebab aku mmg suke menganjing korang.heheh...

sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah dan yg tak comel itu dtg dari aku.

kbai

assalamualaikum


Comments

  1. pasal bau tu... akan ko paham sebabnye kenape lelaki de bau tu...tunggu je mase tu...hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Bonda membebel apa tu?

Popular Posts