kenapa lelaki sgt buruk bila meroyan?

assalamualaikum w.b.t
 
peh! dah lama aku tak menjiwai peranan sebagai penulis blog gadisemasa.everyday asyik busy aje dengan kerjaya.tapi yg peliknye tak kaya-kaya pon.paras-paras hidung jela ni haa.everything cannot GO lah!
 
tapi hari tu ada update pasal 'jazz or city' kt facebook tu apa cerita?hehehe...aku mmg suka planning.berangan-rangan kalau pasal kumpul aset ni aku xsuka panggil ia 'berangan' tp kalau atas katil sebelum tidur tu,pejam mata sambil senyum tu baru aku panggil ia 'berangan'.berangan ape tu tak payah tanyalah.tentu ler yg best-best dan standard anak dara.hahah
 
kau perasan tak hidup ni kadang-kadang sangat complicated untuk kau?aku rasa minggu lepaslah yg paling complicated sebab banyak sangat gangguan.sampai nak tidur pon rasa tak tenteram.tak kesahlah kalau kau bercinta,berkawan dan berkenalan sekali pun,jangan buat org lain rasa rimas,ok.mulut pandai cakap 'past is past' tapi natijahnya(peh ayat...hehe),tak sama dengan perbuatan.
 
gila meroyan selalu sinonim dengan perempuan.tapi jgn kita lupa,lelaki jugak tak terlepas dengan penyakit tu.jom diskas kenapa lelaki sgt buruk kalau meroyan;
 
1. pemimpin
lelaki adalah pemimpin.paling basic pon kat sekolah,ketua pengawas mesti dikalangan lelaki.kalau dlm keluarga,suami jadi pemimpin isteri dan anak-anak.cuba bayangkan kalau lelaki meroyan.apa jadi pada org dibawahnya?Allah bagi kepala otak,sila guna dengan betul.kalau taknak ada masalah,fikirlah cara pencegahannya.tapi kalau masalah dtg bertimpa-timpa,fikir rasional la mcm mane nak menyelesaikannya.bukan biar masalah tu bersarang sampai bersemut.
 
2. macho.
lelaki ramai yg perasan macho.hisap rokok,iya.drifter,rempit,race bagai.tapi bila berdepan masalah,berkocak jiwa,mula meroyan.peh!tak boleh blah...lelaki lebih nampak macho bila berdoa atas sejadah menghadap kiblat.bukan menangis,merayu,meratap,marah-marah dan sebagainya.nak tahu tak?zaman sekarang lelaki yg macho susah nk jumpe tau.
 
3. 1 nafsu,9 akal
bangga bebenor dengan keistimewaan tu,kadang-kadang memakan diri.tak tahu ke yg sebenarnya 1 nafsu 9 akal tu membuatkan lelaki sangat EGO.kalau sikit-sikit tu tak apa lagi.tapi dengan perempuan pon still nak pertahankan ego die,kedegilan dan ke entah apa-apa an tu.yelah,banyak sangat berfikir sampai org kat sekeliling pon dia abaikan.tapi bila die realize yg die telah kehilangan sesuatu,barulah sibuk mencari.tu lah penyebab meroyan di kalangan lelaki.buruk!
 
4. gagah berani.pahlawan terbilang
tu cerita lame aje.takde ape yg perlu dibanggakan.kalau dah putus cinta datang jugak meroyan tuan hamba.hamba kat sini rasa mcm nak humban je diri sendiri dlm tasik.cuba bayangkan kalau hang tuah pahlawan terbilang tu meroyan putus cinta,menangis depan perempuan,tunggu bawah gunung,tunggu bawah pohon sambil tiup seruling,sambil menyanyi lagu p.ramlee(jangan tinggal daku),muke tak terurus,berjambang tak trim,tak mandi sume-sume.buruk gila tahu x.same la keadaannya mcm kau yg meroyan tu.
 
5. bila perempuan 1:13 lelaki 
nisbah wanita dan lelaki umum dah sedia maklum.mmg banyak peluang untuk lelaki berkahwin lebih dari 1.dan begitu banyak juga peluang untuk wanita menjadi andartu.so nak buat ape meroyan kalau kene tinggal dengan awek?rilek-rilek sudah lah bang...(nisbah tu aku main petik je.korg find out la sendiri exactly figure die).
 
sebenarnye bukan niat aku nk kutuk lelaki atau yg sejantina dengannya...kalau yg pandai tu boleh la advice moral and value entry ni.tapi kalau yg bangang tu akan rasa badi je baca benda ni.iyelah die terasa agaknya.mcm lah perempuan tak teruk kalau meroyan.hehe...well,perempuan berhati halus.selalu kena cop insan yg lemah.so?
 
at the end of story,lelaki kat luar sane tu sering menghabiskan masa dengan buat kerja-kerja bangang bila rasa sakit hati,sakit jiwa,perasaan berkocak dan sebagainya.aku rasa kalau kau betul-betul macho,hensem,mantap,tegang dan bergaya,ape kata kau buang ego kau tu,pegi menghadap pencipta.mintak Dia berikan ketenangan kat kepala otak kau yg serabut tu.
 
okaylah.aku pon dah nak chow,nak balik masak untuk dinner.sejak akhir2 ni rajin aku masak sebab jimat.yelah bila single ni mkn sorg2 kat kedai rasa kesunyian pulak.heheh...jangan mara ha..
 
wassalam.
 
p/s:jangan gila meroyan tau!
 

Comments

Popular Posts