kenapa mesti nak lawan status kat facebook,twitter,whatsapp bila dah break up??

assalamualaikum
 
first entry untuk bulan disember ni ade perasaan sikit teruja la sebab dah lame aku tak merefresh blog dgn entry2 mengarut tp aku tahu even karut2 pon kau org baca jugak.baca aje takpelah tapi dengan sengih2,gelak2 pulak.aku appreciate kau org.
 
eh 2 3 hari ni jari telunjuk kanan aku mcm di serang stroke.aku pon tak tahu kenapa.tapi kalau makin teruk,aku inform next entry lah.
 
kenapa mesti lawan status kat facebook,twitter dan whatsapp kalau dah break up?
 
tu persoalan yg aku cuba bantu seseorang.sebab bila aku baca status die,mmg dah sah2 die tujukan utk ex-gilpren die.untuk mengelakkan aku daripada memfitnah dan serkap jarang sekali gus membawa aku ke pintu neraka,aku PING die di BBM (blackberry messenger).
 
"status tu utk ex kau ke beb?". aku buat2 tanya.well kalau die xjawap pon sebenarnya aku dah mengerti.
 
"yup".die jawap.
 
aku bayangkan muke die tengah bengang.tersenyum puas dgn mulut senget tuh sebab dah balas balik status ex-gilpren yg dia MASIH SAYANG tu.
 
masih sayang ke? habis tu,kalau tak sayang,tak senang nak balas balik status ex tu.nak ambil tahu pon tak senang.paham aku tak?
 
"tak boleh ke kau buang number fon die dlm whatsapp kau tu?xyah sibuk2 ambil tahu pasal dia lagi". aku bagi point pertama.
 
"tak bolehlah beb.nanti aku tak tahu perkembangan dia". tu jawapan dia
 
bila kau break,kau kena lepaskan dia lah bro,sis. meaning melepaskan dia tu bukanlah bermakna 'kau aku putus' tapi still lagi buat interaksi bagai tak kesahlah melalui alam maya ke,alam barzakh ke,alam pawana sekalian alam tu. contohnya begini:
 
 
bila ex buat status...
 
'bahagianya aku sekarang ni :)...'
 
kau buat status...
 
'baru-baru bercinta....tahi pon rasa coklat...fuck!'
 
 
bila ex buat status...
 
'thanx syg :)...'
 
kau buat status...
 
'bahagia bebenor la tu.puih!'
 
 
bila ex buat status...
 
'sakitnya badan.naseb baek hati tak sakit sbb dia pandai jaga :)...' (status ni aku dgr pon geram)
 
kau buat status...
 
'bak sini hati kau.aku nak jadikan punch bag :)...'
 
 
bila ex buat status...
 
'ape la masalah kau ni.tekanan jiwa agaknye...'
 
kau buat status...
 
'what goes around comes around!!'
 
 
bila ex buat status...
 
'sudah2lah tu...jgn nak meroyan...'
 
kau buat status...
 
'aku meroyan sebab kau lah sial!'
 
 
ok aku rasa cukuplah setakat di situ.kalau dipanjangkan,boleh kena flag blog aku nih.jadi,aku bagi cara mcm mana nak betul2 melepaskan dia.
 
"kau ade facebook dia?".aku tanya
 
"takde.die dah remove aku".
 
meaning dia dah buang kau jauh2.cuma kau je tak boleh nak buat mcm mana dia dah buat.so sekarang lebih baiklah kau remove whatsapp dia,unfollow twitter dia,then buat status yg original about your life.kan senang...
 
"okay aku try buang number fon dia"...dia jawap.
 
"kau hafal number dia kan?". aku pasti soalan ni
 
"yup"
 
hah! aku dah agak dah dia hafal.sebab number fon my ex pon aku still ingat even dah takde dlm my fon.heheh
 
"kau baca status dia berapa hari sekali?". aku tanya lagi
 
"sehari 2 3 kali.heheh".dia jawap
 
gila!meaning setiap hari kau sengaja menyakiti hati sendiri dgn baca status2 bahagia ex kau kan.
 
"ok sekarang kau try buang number die untuk seminggu.then update perasaan kau bila kau tak baca status dia lagi dlm seminggu ni"
 
aku percaya la yg dia dah buang number ex dia tu on the spot.tapi soalan dia yg seterusnya ni buat aku mcm hilang nyawa sekejap.
 
"habis gambar dia yg berlambak dlm fon n lappy aku ni pon kene buang sekali ke?", dia tanya dengan selamber.
 
come on man! dah break up kan? utk ape kau simpan gambar die. just a waste!!!
 
so sekarang kau kena buang segala perkara yg boleh buat kau sakit hati,geram,marah,menyampah dan meluat.buang gambar dia,buang number dia.jangan ambil tahu pasal dia.
 
kau sayang dia?
 
kasih dan sayang bukan untuk yg ada depan mata je kawan.yang tak nampak tu lah yg sangat bernilai.sebab apa?sebab kita tak simpan gambar dia dalam lappy or hp kita tapi kita simpan wajah dia dalam hati kita.kita tak simpan number talipon dia sebab kita simpan number talipon dia dalam otak kita.itu dah membuktikan kasih sayang kau.
 
kalau kau betul2 syg dia dan menganggap berkawan dengan dia adalah fasa terbaek dlm hidup kau,pelihara kenangan tuh sebaik2nya.bukan tambah pahitnya.yg manis kau simpan.yg pahit kau buang.
 
cukuplah sampai situ.biar titik noktah tu kekal satu je.takde dot dot dot.takde koma koma.biar cerita tu habis situ.kau cuba cipta cerita baru tapi pastikan cerita tu pengakhirannya bahagia lah.even buat kau menangis mcm cerita ombak rindu yg aku belom tengok lagi tu tapi opismate aku dah dengki nak cerita sampai habis.jahat betol
 
oklah...aku harap entry ni menyedarkan kau.aku dah pon mintak kebenaran kau buat entry ni utk kau baca.
 
good luck
 
wassalam
 
p/s: counting days :P
 
 
 

Comments

Popular Posts