The Big "L" ever.what "L"??

Assalamualaikum w.b.t

Pertamanya...Terima kasih untuk "klik" kau.

Kedua...terima kasih untuk hiburan dari kau.ape pon jadi,kita tetap masih boleh minum semeja.aku takde hal.ok?

Ketiga...semalam setel sudah pengambilan uniform untuk sukarelawan Suruhanjaya Pilihan Raya 5 Mei ni.so ahad pagi,lepas aku pangkah calon pemimpin yg aku punya suka nak pangkah,aku terus balik JB sambung kerja sebagai kerani penyemak daftar pemilih.sebut benar2...penyemak.bukan penyemak...theheh

Keempat...apa juga pilihan aku,aku harap kau hormat dgn keputusan aku.sebab kau bukan bercakap dgn budak hingusan 10 tahun.kerana setiap apa yg aku buat dlm hidup aku,aku punya sebab tersendiri.bukan alasan yg aku bagi.kerana ada segelintir orang yg semakin tak paham bila kita terangkan terang terang.sebab itulah aku diamkan.aku belajar hormat pendirian kau,pilihan kau sambil2 aku berharap kau juga seperti aku.

Hormat aku dgn kata2 kau.

Pernah terbaca penulisan aku yg mengguris perasaan dan batin kau?

Pernah terbaca penulisan aku yg terang2 mengatakan kau ni betul2 takde taste,takde pandangan sejauh Dr.M??

Aku sangat pasti jawapan kau "tak pernah"...

Tapi kalau kau terasa hati kali ini,aku minta maaf di hujung entry ni.

Kaki.tuhan bagi 2 kaki untuk kita berjalan.kita boleh berjalan kedepan dgn mudah.kita boleh juga berjalan berundur tapi sakit leher sebab kita perlu menoleh kebelakang.antara yg sakit dan yg selesa.mana satu pilihan kau??

Ok itu soalan.

Mulut.tuhan bagi satu mulut di depan.ada fungsi.bukan function.tuhan bagi satu mulut untuk bercakap sederhana dan berpada.mulut di depan supaya kita ckp dgn fakta dan bukan cakap belakang orang lain.nampak fungsi mulut?

Kau berilah kata2 apa pon,aku tak perlu bantah kau pon.sebab kau dan air liur aku,aku lebih cintakan air liur aku.kuasa bukan pada mulut tapi pada tangan aku.

Haih tak sabar betul nak kena calit dengan dakwat kekal.bheheheh

Ingat sekali lagi...

Jangan judge pilihan aku.kalau pon kau tak suka,aku paham perasaan itu.tapi aku tak sukalah orang lihat aku mcm budak 10 tahun.aku nak orang lihat aku sebagai seorang pemudi harapan bangsa.semua orang mahukan keamanan.semua orang mahukan yg bersih.yg penting buang korupsi.walau siapapun yg bakal menjadi meneraju negara,kita tak boleh sokong apa jua korupsi yg berlaku.

Kau faham konsep aku??

Kau sokong mana yg baik.aku tegur mana yg salah.kita betulkan mana yg silap.

Bukan kekal macam mula2 merdeka sampai sekarang.masih korup.

Aku tegaskan lagi...

Walau siapapun yg meneraju negara...

Korupsi tetap akan berlaku...

Aku tegaskan lagi...

Yg memajukan kita,diri kita sendiri.pandang kemajuan satu negara.bukan satu kaum sahaja.

Maaf yg bapak.ibuk2...bahasa budak2 memang susah faham barangkali...

Tapi kalau nak tengok The Biggest L ever ialah yg tak tercalit dakwat kekal di jari tapi kekal dakwat hitam di mulut dan hati...

L apa?

L loser??

No laaahhhhh!!! L Lariiiii !!!!

Selamat Mengundi Semua.

Wsalam.

P/s: jangan banyak bunyi.kalau ada berani,mari mengundi...

Comments

Popular Posts