Stop racism and build your manners !

Assalamualaikum w.b .t

Kehadapan DS Mohd Najib...

Tahniah diatas kejayaan mendapat mandat daripada rakyat Malaysia pada PRU13 ini.semoga Malaysia lebih maju lagi di masa akan datang.Amin..

Tapi saya minta tolong satu sahaja daripada DS.sumpah saya sudah tidak tahan dengan isu perkauman di Malaysia.lebih2 lagi selepas keputusan diumumkan.

Saya sebagai rakyat Malaysia yg sudah menjalankan tanggungjawab pada 5 Mei yg lalu,berasa sangat teruja dan bangga kerana dapat mengundi untuk pertama kalinya di dalam hidup saya 25 tahun ini.

Pada hari ahad 5 Mei tersebut saya ditugaskan sebagai sukarelawan SPR di SK Johor Jaya 1 Johor Bahru bagi parlimen Pasir Gudang.waktu bertugas bermula pada jam 8 pagi.tetapi pagi itu pada jam 8 pagi saya masih di Kluang,kampung saya untuk mengundi dan menjalankan tanggungjawab saya.dan saya terus bergegas ke Johor Bahru untuk menyambung tugas sy sebagai sukarelawan SPR.

DS dan wahai rakyat Malaysia sekalian...

Untuk pengetahuan,kebanyakan pengundi berdaftar di sekolah tersebut adalah majoritinya orang2 cina.dan hanya sedikit adalah terdiri daripada melayu dan india.

Ingin saya katakan disini bahawa disiplin dan adab rakyat Malaysia adalah sangat kritikal.budi bahasa juga kurang dipertontonkan.sebaliknya terlalu banyak mereka didedahkan dengan hiburan dan agenda2 yg tidak membawa kepada nilai2 positif.

Saya akui ketika menjalankan tugas saya da melakukan kekhilafan dan saya faham keadaan tempat mengundi yg sangat sesak dan perlu beratur panjang.tetapi yang saya kesalkan adalah ada segelintir rakyat Malaysia yg sungguh biadap dan tidak menghormati orang lain.

Paling saya khuatiri adalah golongan yg tidak beradap itu terdiri daripada bapa dan ibu.golongan ini yg akan mendidik anak2 dan generasi akan datang sebagai pemimpin tetapi mampukah mereka mencorak anak2 mereka dgn jayanya?

Ada ke patut saya di herdik dan di panggil "bengong"??sedangkan saya bersusah payah menjalankan tugas saya supaya perjalanan proses mengundi tidak terganggu.itukah penghargaan yg saya dapat?

Dari situ saya perhatikan bahawa kita semua adalah sangat dahagakan budi bahasa dan kesopanan apabila berhadapan dgn orang lain.

Saya tidak menyalahkan mana2 kaum.kerana semua kaum tidak terkecuali.bukan kaum cina sahaja yg biadap.melayu dan india juga ada yg biadap.

Tetapi saya teringat satu peristiwa ketika saya beratur panjang menunggu giliran mengambil BR1M di Dewan Tunku Ismail di Kluang Johor.

Sy bertemu dengan seorang makcik tua berbangsa cina yg sangat menyentuh hati.saya ulangi...makcik tua berbangsa cina...

Pada mulanya kami hanya berborak biasa sahaja.tiada ape2 keistimewaan padanya.tetapi sy tersentuh bila makcik tersebut memberikan gula2 berangin strepsil kepada seorang lelaki india yg berumur dlm lingkungan 20-an sedang lelaki tersebut terbatuk2 tanpa henti.

Nampak simple dan ringan tetapi itu pada mata yg kurang cerdik.kita beri nilai yg tinggi kepada perbuatan makcik ini tadi.selepas strepsil diberi,makcik tersebut tersenyum pada saya.tanpa saya bertanya apa2 dia berkata begini::

"Saya kasihan itu orang batuk.saya pernah kena itu sakit sini" sambil menunjukkan tekaknya.dan saya senyum sambil bertanya..."auntie datang dengan siapa?".sebab saya tak nampak kelibat orang yg dia kenal waktu itu.

Dia menjawap "saya dtg dari KL naik bas jumpa kawan.kawan saya sakit dekat hospital.hari ini baru tahu ada ambil wang sini.surat baru sampai rumah anak di sini.dari hospital terus datang sini".

Saya bertanya lagi,"owh anak autie hantarkan?".

Dia jawap,"bukan...saya dari hospital tengok kawan sakit.ada melayu tolong hantar sini.tak mahu wang.saya mahu bagi.sangat baik itu melayu".

Saya bertanya lagi,"nanti balik siapa ambil?".

Dia jawap,"tak apa saya naik bas.tadi ada orang tolong saya.so sekarang saya tolong orang bagi makan gula2 tak mau kasi batuk.kita hati mau baik.baru orang mau tolong haa amoi".

Ok.pada pendapat saya...
Kita perlu bersifat realistik di dlm hidup bermasyarakat.kita harus didedahkan dengan nilai2 murni daripada awal lg.dan saya percaya kerajaan mampu membantu rakyat Malaysia dalam mengikis sifat perkauman di negara yg tercinta ini.

Saya merayu agar rakyat Malaysia bersatu.jangan menyalahkan mana2 kaum dalam apa juga isu yg timbul.kerana manners dtgnya daripada individu itu sendiri.jika jenisnya yg kurang diajar,bukan hanya satu kaum yg kurang ajarannya.

Saya sangat sedih dan risau.saya percaya rakyat Malaysia yg concern juga sedih dan risau.kerana saya ada ramai kawan2 daripada kaum cina dan india.dan kesemuanya good manners.

Akhir kata...saya berharap agar kita sama2 menjaga adab dan disiplin kita sendiri untuk dihormati.jangan dambakan kehormatan dari orang lain jika kita tidak mampu memperlihatkan kebijaksanaan kita sebagai khalifah di bumi Allah

Wallahualam...


Comments

Popular Posts