Bila tirai tersingkap dot dot dot

Assalamualaikum w.b.t

Syukur alhamdulillah aku dpt lepasi dugaan 2012 even tahun 2013 tak menjamin apa2.mungkin better mungkin worst,aku tetap bersyukur.ya rabb

Azam 2013?huh...azam 2012 pon aku dah lupa.so tahun ni aku taknak pasang azam lagi.kata org,pijak di bumi nyata.yg penting kita usaha utk lakukan yg terbaik.jgn sakitkan hati org,yg paling penting jgn sakitkan hati sendiri.kata Allah "kun fayakun".kalau dia dah tetapkan jodoh aku tahun ini,maka kahwinlah aku.kalau dia tetapkan ajal aku tahun ini,maka matilah aku.kau org pon begitu juga.beware :)

2012 tahun yg perit untuk aku.awalnya bahagia,hujungnya biasa2 saja.dan aku harapkan 2013 kasihankan aku.jgn kejam.aku dah tak larat nk teruskan watak lama.ubahlah sikit jalan cerita.jgn awal sgt endingnya.aku belum masuk alam rumahtangga.sabar2lah yer.

Tapi yg pasti bukan tahun 2013 untuk aku tamatkan watak ni.takde azam.takde perancangan.mungkin perancangan bukan di awal 2013,mungkin perancangan dtg bila 2013 dah nk melabuhkan tirainya.aku pon tak tahu.belum nampak lagi.doa2lah yer.

Selepas hampir 3 tahun,terima kasih kpd majikan pertama aku.walaupun takdelah bgus mana tapi kerana kesudian pihaknya memberi aku peluang menceburkan diri dlm bidang pekerjaan,gaji pertama,aku memulakan kehidupan baru dgn hasil titik peluh aku sendiri.alhamdulillah

Terima kasih juga kpd semua watak sampingan yg adakalanya aku rasa seperti sgt memerlukan dan kdg2 terasa seperti rimas bila watak sampingan yg tergedik2 utk menjayakan watak sendiri,aku hargai itu.aku harap 2013 kau ubah watak kau elok sikit.jgn gedik2.aku tak suka.ye aku senyum tp kau harus pandai bezakan senyum ikhlas,atau sinis mengejek.

Kepada watak sampingan yg banyak membantu dikala aku susah dan sedih,aku sgt hargai usaha kalian.dan aku berharap kalian ikhlas membantu.tiada niat tersembunyi.tiada double meaning.walaupun aku dpt rasakan ada sikit2 niat kalian yg tak betul,aku layankan...

Kepada keluarga,terima kasih kerana masih disamping aku.bersabar dgn kerenah darah daging sendiri.kalau 2011 dulu kerap bertelagah,aku dpt rasakan 2012 membawa sedikit cahaya dan rasa kasih sayang yg lebih baik.semoga 2013 memberi rasa cinta yg lebih baik lagi.insyaAllah

Dan 2013 aku mengharapkan keberkatan dan beroleh rezeki yg melimpah ruah dariNya.walaupun wang bukan segala2nya,tetapi segala2nya memerlukan wang.dan kerana itu,aku terkadang berubah menjadi sedikit mata duitan.hehehe

Akhir sekali,aku mengharapkan 2013 bukanlah tahun terakhir aku merasakan nikmat dariNya.dikurniakan kesihatan dan kebersihan jiwa.amin Ya Rabb.

Selamat tahun baru.

Wassalam

Comments

Post a Comment

Bonda membebel apa tu?

Popular Posts