jari tersepit

assalamualaikum

sejak dua menjak ni aku dah mula berkecimpung dalam bisnes kecil-kecilan.alahh bukan banyak mane pon.kalau jual hari-hari pon tak boleh kaya.setakat cukup makan untuk isi perut sampai hujung bulan tu bolehlah.

bisnes ape?

tudung dan kek.so kepada sesiapa yg nak rasa cheese kek untuk harijadi tu bolehlah buat tempahan melalui talipon.bhahaha..tak gune betul.sempat lagi nak promote.

cerita kek dan tudung tu takde yg menarik.sebenarnya aku cuma nak cakap pasal hal yg berlaku pada jari aku jumaat lepas.ade kaitan sikit dengan tudung dan kek tu.bila dah kaut keuntungan besaaaarrrr punya,aku kena bahagi-bahagikan nikmat dunia tu pada rakan kongsi niaga aku.

bunyi mcm niaga besaaarr je kan?bhahahah...lantaklah.

so aku ke Affin Bank area Tmn Tampoi kt JB atas permintaan rakan kongsi niaga aku sebab dia tiada maybank.

so sad...

masa aku berinteraksi dengan mesin deposit tu,semua berjalan lancar pada mulanya.so dengan confidentnyer,aku tekan number account.

advisor aku selalu ckp kalau buat sesuatu tu biarlah dengan yakin,full of confident,lebih-lebih lagi bila kita buat secara solo.biarlah salah mcm mana pon,nampak hodoh macam mana pon,kau teruskan jer niat kau tu.belajar terima kenyataan yg kita pasti akan buat diri kita nampak hodoh depan org.

selalunya kalau aku guna mesin deposit Maybank,kalau kau orang pernah guna,mesin die simple je.kau tekan jer,mulut dia nganga,kau masukkan duit,ada sensor tu bila kau tarik tangan kau baru secara auto cover tu akan tertutup.

tapi bila aku guna cash deposit Affin bank,mulut mesin dia dah macam mulut orang.bila aku hulurkan duit je,dengan jari-jari aku sekali dia nk telan.bongok gila aku rasa masa tuh.

mesin tu buat aku kelihatan hodoh depan dia sebab aku dah tersengih2 bile nampak org sebelah aku yg sibuk keluarkan duit kat mesin ATM pon sibuk tersengih2 dekat aku.

fobia pulak aku nk guna mesin deposit Affin Bank tu.sudahlah nk keluar duit tension.nak masuk duit pon tension jugak.

apee pon tak boleh...


naseb baek jari aku dapat diselamatkan.kalau tidak,kuranglah wang hantaran.untunglah bakal laki aku yg belum dijumpainye pon tu...phuiii


wassalam...

p/s: dah lame tak menghapdet.bukan takde idea....tapi takde mood.huhu



Comments

Popular Posts