Anak mummy...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ni dah masuk 2 minggu berpantang di rumah.bg yg dah sedia maklum kandungan aku gagal diselamatkan.perasaan ni hanya Allah s.w.t yg tahu.kering dah air mata ni nk keluar dari kelopak mata.nk ditahan,rase tertikam kt dada.nk diluah...hmm ntahlah.

"Be strong.ada hikmah ni semua jadi"...

Terima kasih kpd yg memberikan kata2 semangat.InshaAllah selagi ada udara milik Allah selagi itu aku kena kuat.Dugaan Allah hanya untuk hambaNya yg terpilih.termenung sejenak mengingati dosa2 sebelum ni.Mungkin inilah hikmahNya.Hanya Dia yg tahu kerana apa dosa2 itu terjadi.Hanya Dia yg maha pengampun dosa2 hambaNya.sesungguhNya aku hambaNya yg hina.Terima kasih ya Allah dgn kesakitan ini.Semoga Engkau mengampunkan dosa2ku...Amin.

Jumaat 6/12/13 aku ke klinik penawar Kg.Pasir Putih Tampoi.sebab mlm tu aku ada cecair keluar.banyak.aku risau tapi doktor cuma ckp itu biasa terjadi.kalau rezeki aku,inshaAllah baby selamat.


Ini la gambar terakhir sebelum ia hilang keesokan harinya bila aku sampai di hospital sbb darah dah banyak keluar.masa tu dah tak tertahan air mata ni.perasaan pon bercampur takut,sedih,menyesal,blur...hmm

Terima kasih kerana memberi pengalaman membawa nyawa di dalam rahim mummy.maafkan mummy kerana tak dpt nk jaga anak mummy sehingga lahir dgn sihat.

Kata dokter kemungkinan keadaan baby yg kurang sihat dan keadaan rahim yg terkejut dgn kehadiran benda asing.

InshaAllah kami suami isteri akan terus berusaha utk mendapatkan zuriat selepas ini.

Sekadar berkongsi cerita dan aku ingin mencatatkan pengalaman manis sbg mummy walaupun sekejap.anak mummy sentiasa ada dlm hati mummy...

Wsalam...

Comments

Popular Posts