bila masa yg dibolehkan minum air 100 PLUS semasa berpuasa...

assalamualaikum w.b.t

rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa untuk tahun yg ke 1433 hijrah ni.

alhamdulillah dah masuk hari ke 8 kita puasa. tahun ni aku semangat gilerrr bangun sahur.

salah satu sebabnye,selain mendapat keberkatan,aku dapat tengok tv3 cerita "ramadhan terakhir".hehehe...

oh ya mengenai tajuk minum 100 PLUS time2 pose ni,time panas2,tekak kering,time bile kite dibolehkan meminum air 100 PLUS??

mesti korang dah tak sabar kan?fatwa mane yg aku ikut ni?hurmmm....yg aku tahu,imam muda asyraf ade bgtau di twitternya yg korek hidung tu tak membatalkan puasa.UStaz Azhar Idrus pon ade bercerita.terpulang kepada masing2.kalau korang korek hidung pastu gentel2 dan masuk dlm mulut pastu sendawa kekenyangan tu memang sah2 lah batal puasanya...

bulan ramadhan ni mengajar kita supaya bersabar,bersederhana dalam setiap tindak tanduk.tapi adakalanya manusia ni masih terikut2 dengan perangai diluar bulan mulia ni.iaitu MENGATA...

Allah memerintahkan kita supaya menutup aurat,menjaga solat dan berpuasa supaya kita dpt mengawal diri kita drpd melakukan perkara2 yg tak betul.betul tak?tapi masih ade segelintir yg tak boleh nak kawal nafsu mengata org lain.

aku nasihatkan disini, kalau kau org rasa2 dah bagus nak tutup aurat,kalau kau org rasa dah terlebih baik daripada mereka2 yg zahirnya nampak jahat kat mata org,tapi sebenarnya kau masih berperangai MENGATA org lain lebih2 lagi di dalam bulan puasa ni,lebih baiklah kau balik rumah,minum air 100 PLUS jer.puasa bukan hanya untuk tahan lapar dan dahaga. tapi harus kau org ingat puasa nafsu serakah,nafsu mengumpat mengata nih.

tanda-tanda amalan kita diterima Allah ialah bila kita dpt menghindarkan diri kita daripada terus melakukan perkara-perkara tak elok.rasa-rasanya dah banyak kite beribadah tp kenapa masih berbuat dosa?

"tepuk dada tanya iman".

aku cuma bagi nasihat.aku harap ade la golongan-golongan camni yg membacanya.sedihlah tengok org islam yg suke menjatuhkan agamanya sendiri di depan org bukan islam.sebab itulah berdiam diri lebih baik.tapi aku nak ingatkan disini,kdg2 kalau terlalu berdiam pon fitnah boleh jatuh ke atas kita bila kita berkawan dengan orang yg suka mengata dan membuat kesimpulan sendiri.sebab tu nak buat apa2,nak kata apa2,fikir dulu kesannye pada diri sendiri dan org lain.

"guna hak berfikir sebelum hak bersuara"

Salam Ramadhan

semoga puasa kita diterima olehNya.aminnn

p/s: iftar di kampung hari ni. IsyaAllah...

Comments

Popular Posts